Friday, 9 December 2011

Bagaimana Bio~Ever berfungsi?

Krim Bio Ever adalah 100% dibuat dari herba iaitu ekstrak (SPF++) pegaga, daun kaduk, pitera beras, soya bean, aloe vera & ginseng. Di adun dengan krim nano, menjadikannya sangat halus dan cepat meresap ke dalam salur darah. Ia akan membawa kebaikan ekstrak herba-herba tadi bersama dengan oksigen (perjalanan darah yg lancar bermakna oksigen yang banyak di bawa bersama). Oleh itu, sel-sel kita akan dirangsang dan diaktifkan oleh kebaikan ekstrak herba-herba tersebut dengan bantuan oksigen yang banyak dan mencukupi. Bila sel-sel badan kita mendapat oksigen dan nutrien yang mencukupi, ia akan menjadi sihat & segar.

Sel-sel badan yang sihat dan segar ini secara umumnya akan melakukan 5 tugas: i) membuang toksid ii) melawan sel-sel yg merbahaya seperti sel kanser, fibroid, cysts dan sebagainya iii) menghasilkan & memperbaharui sel-sel iv) meningkatkan metabolisme  v) menyeimbangkan hormon. Sekiranya badan mengandungi toksid yang banyak dan kekurangan oksigen dalam sel, sel-sel akan menjadi lemah dan kehilangan kecekapan fungsinya seperti yang disebut sebelum ini. 

Sebagai contoh mudah, jika sel di pankreas menjadi lemah dan kurang cekap berfungsi, maka pankreas tidak dapat lagi menghasilkan insulin yang mencukupi untuk memproses gula menjadi tenaga. Gula akan kekal sebagai gula dan lama-kelamaan menyebabkan seseorang itu akan menghidapi penyakit kencing manis@diabetes.

Dengan Bio Ever inilah, sel-sel yang rosak atau tidak aktif tadi akan dirangsang semula dan diaktifkan untuk menjalankan fungsinya dengan cekap dan baik dan seterusnya memulihkan penyakit yang kita hidapi selama ini.